* * *
Kerana kau wanita
Kerana itu harus kau jaga
Budi bicaramu
Santun akhlakmu
Kerana kau wanita
Usah kau terpedaya
Kata manis si pendusta
Kelak diri kau kan binasa
Kerana kau wanita
Lidah tidak bertulang bahaya
Pisau tajam tiada setandingnya
Hunus pedih jiwa si mangsa
Kerana kau wanita
Jagalah pandanganmu tiap ketika
Menggoncang dunia pada tempatnya
Jadilah wanita penyejuk mata
Bukan wanita pembawa fitnah...- karya pena : bustan minda
* * *
Renungan buat diriku jua... Yang kadangkala alpa dengan nikmat dunia. Aku harap setiap hari yang kita lalui, kita dapat merenung kembali tiap detik, tiap langkah yang kita lalui. Bermuhasabahlah teman....Biarlah hari esok lebih baik dari hari ini....
Tinta Hatiku pada jam 10:46 PM